CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Terima kasih, Allah!

[kredit]



"Ah, apa saya peduli!".

"Berani kau cakap begitu dengan aku!".

*****

Marina menutup telinganya dengan bantal. Ini sudah kali ketiga mama dan papanya bertengkar minggu ini. Dia sudah lali. Papanya, setiap kali pulang dari kerja pasti  akan cari masalah dengan mamanya. Mamanya pula pasti tidak akan mengalah. Marina menangis. 

Hatinya sakit.

Hatinya rabak.

Dia keluar. Walaupun sudah malam. Dia tidak punya arah yang boleh dituju.

"Hello Aqeela, awak dimana?".

"Sorry Marina, I'm busy now, can we talk later?".

Tet, tet, tet, tet... .
Talian diputuskan.

Ah. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa perkara yang sebegini perlu terjadi kepadanya? Kenapa?!
Kenapa dia ditakdirkan untuk hidup sebegini? Mama dan papanya kaya, berasal dari keluarga yang berada. Tapi, kenapa dia tidak dapat merasai kebahagiaan seperti orang lain? Adakah dia perlu menjadi miskin dahulu baru dia dapat merasai nikmat kebahagiaan yang tidak pernah dia rasai?

Dia menuju ke perhentian bas. Bukan untuk menunggu bas. Bukan untuk menunggu seseorang, tapi untuk merawat hatinya yang luka itu.

Jam sudah menunjukkan 11.30 malam. Dan dia masih di situ. Matanya sudah kabur. Dia juga sudah menguap banyak kali.


*****

Dia melihat sekeliling. Marina kebingungan. Sejak bila dia berada di situ. Tempat itu putih dan luas. Sangat luas. Tiba-tiba dia melihat satu susuk tubuh. Perempuan. Memakai jubah serba putih. Bulu romanya meremang. Dia tidak mengenali perempuan itu. Perempuan itu mendekatinya.

"Marina, sabarlah. Allah sedang menguji Marina. Allah sedang melihat Marina".

"Mama dan papa Marina pun sedang diuji. Cuma, mereka tidak boleh untuk melepasi ujian ini. Tapi, ini bukan maknanya mereka tidak mampu tetapi tidak mahu. Mereka ingin mempertahankan ego masing-masing".

"Marina, orang Islam akan sentiasa diuji. Sampai satu tahap, tidak ada secalit dosa pun yang akan tinggal apabila dia menghadap Allah. Raja segala raja. Jadi, Marina perlu tabah".

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan  dengan hanya berkata:"kami beriman", sedang mereka tidak diuji(dengan satu cubaan)? (Al-Ankabut 29:2).


*****

Marina terkejut dari lenanya. 

'Apakah itu?'.

Allah.

Allah.

Allah.

Terima kasih... .

Marina bangkit.
Tidak mahu kalah dengan ujian ini. Hasratnya mahu mewujudkan kebahagiaan di rumahnya. Bersama mamanya. Bersama papanya. 

'Allah sedang menguji Marina. Allah sedang melihat Marina'.

Dia tersenyum.


HambaIllahi




0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...