CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Hati ini... . Allah yang punya.

[kredit]



7.30 pagi.

Matanya terbuka.

Hari baru.Dan... .

Dia benci hari baru.

Baginya tidak ada guna dia mencelikkan mata setiap pagi . Kerana dia... .

Miskin? Bapanya seorang CEO di syarikat terkenal.

Bodoh? Dia telah menamatkan pengajian di University of Oxford, cuma masih belum mahu bekerja.

Tapi,
Baginya tiada tujuan dia masih hidup di dunia ini.
Dia seorang Ateisme,.
Sungguh, dia mahu sibuk beribadat seperti mana orang lain.
Sungguh, dia mahu tenang dengan beribadat seperti orang lain.

Tapi,
Agama manakah yang benar?
Dia bangkit, lantas mencapai sweaternya. Ingin keluar.


*****

Jalanraya sudah pun sesak. Dia memilih untuk berjalan dan memekakkan telinganya dengan earphone dan tiba-tiba.... .

''Hoi, buta ke?''.

Matanya melihat lelaki di depannya itu.

Melayu.

Islam.

Dia berlalu begitu sahaja. Dia terlanggar bahu lelaki tadi.
''Heh, marah benar''. Desis hatinya.


*****

Dia duduk di atas bangku di sebuah taman. Matanya melilau melihat orang sekeliling.
Tit, tit, tit,tit... .
Masanya terbuang begitu sahaja.
Dia bangun. Perutnya sudah berbunyi. Tiba-tiba... .
Seorang lelaki berkopiah lalu di depannya. Entah mengapa, hatinya tergerak untuk mengikuti lelaki tersebut.

Dia melangkah dan terus melangkah, mengikuti lelaki itu sampai ke sebuah tempat. 
Masjid? Dia melihat jamnya. 9.30 pagi. Setahu dia ummat islam menunaikan solat subuh seawal 5.30 pagi. 
' Terlajak bangun ke?'.
Ah, lantaklah, dia benar-benar mahu melihat lelaki itu. Dia duduk di tangga masjid, memerhati lelaki itu dari jauh. Dia sedang sujud. Lama benar dia sujud. Ah, melihat dia sujud, hatinya... .
terasa lapang?


*****

Selesai solat, lelaki tadi melangkah keluar dan tersenyum melihat dia yang memerhati dari tadi. Dia tersentak. Hatinya tersentuh. Lantas dia bangun mengejar lelaki tadi yang sudah hampir dengan pagar masjid.

"Saudara".

Lelaki tadi menoleh dan tersenyum.

"Ya".

"Ajarkan saya tentang Islam".

HambaIllahi

Dalam hati kita, ada satu lompong. Kosong. Tidak terisi. Kita semua merasakan kekosongannya. Ruang itu sunyi. Kita takut dengan kesunyian yang ada dalam ruang itu.

Akhirnya, kita mula mencari sesuatu bagi mengisinya. Ada yang mencari harta, ada yang mencari pasangan.

Tetapi, semuanya ibarat berpusing dalam bulatan. Perasaan kosong itu tetap tidak terisi. Kita berasa takut dengan kekosongan itu.

 Apakah kekosongan itu? Apakah yang patut diisi ?

Itu adalah ruang khas untuk Allah s.w.t. kosong, kerana tidak mengisinya dengan perkara yang patut kita isikan  padanya, iaitu kepatuhan dan ketaatan, serta pergantungan kita kepada-Nya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...