CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Abang.

[kredit]


Iman masih di situ... .

Termenung menghadap pokok... . Kata abangnya, melihat ciptaan Allah dapat melahirkan ketenangan.Kata abangnya.

Kata abangnya.

Kata abangnya?

Perlukah dia ambil peduli kata2 org yang sudah mati? Abangnya. Satu-satunya idola dia itu sudah mati. Dia bangun. Menuju ke asrama universitinya. Pintu dibuka dan ditutup. Tilam yang penuh dengan kertas-kertas kerjanya itu menjadi sasaran. Jam sudah menunjukkan pukul 6.45 petang, dan dia belum menunaikan kewajipannya dengan Allah. Sudah lama dia tidak menunaikannya, baginya kehidupannya sudah tiada sebaik sahaja abangnya mati. Dan hatinya juga... .

sudah mati... .

******

Matanya terbuka. Dia memandang sekilas jam locengnya.

 3 pagi.

 Sudah lama dia tidak terbangun pada waktu sebegitu. Ah, lantaklah... . Dia mahu meneruskan tidurnya.


Tit, tit, tit, tit, tit, tit , tit... .


Matanya tidak mahu lena. Dia bangun dan duduk di hujung katilnya. Fikirannya menerawang. Entah sampai ke mana. 

Dia bangun. Ingin menyelesaikan kerja2 yang diberi oleh pensyarahnya. Sudah berapa lama dia tidak menyiapkannnya. Tangannya meraba rak di tepi katilnya. Dapat!

Dengan tiada perasaan, dia membawa kerja2 itu ke mejanya. Uh! Mejanya sudah berhabuk. Dia menggapai sebuah tisu dan mengelapnya. Sedang dia mengelap, dia terjumpa buku yang dihadiahkan oleh abangnya. UNTUK KITA PENDOSA, HARAPAN SELALU ADA 

 Dia membelek buku itu... Halaman demi halaman dia membelek buku itu... . Sampai ke satu halaman... .


Dia yang mentakdirkan adanya mati dan hidup bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnyan dan Dia Maha Kuasa membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun untuk golongan yang bertaubat. (Al mulk:2)

Perasaannya berkecamuk, air matanya tumpah, tangannya menggeletar.

Allah.

Aku berdosa... .

Aku berdosa... .

Aku berdosa... .

Ampunkan aku... .

Pantas dia menuju ke tandas. Hajatnya, ingin menunaikan solat sunat taubat.

''Kalau cinta, mesti sampai ke syurga''. Kata-kata abangnya terulang-ulang di telinganya... .

Oh abang, Uhibbukafillah... .

HambaIllahi 

Post ini tidak berkait dengan yang mati samada yang hidup... .

Aman tanpa perang.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...